Thursday, November 26, 2009

My First Baby - Muhammad Adam Raiyan -



From Baby Aku




Salam,

Kepada semua yang mengenali diriku, aku ingin mengkhabarkan berita yang amat mengembirakan ku kerana telah bergelar seorang ayah kepada anak lelaki ku Muhammad Adam Raiyan Bin Eddy Noor..hehe..unik tak nama anak ku..

Adam Raiyan telah dilahirkan pada 08 November 2009 di Hospital Pakar Damansara jam 9.57 pagi (Ahad) dengan berat 2.87kg..aku merasakan pengalaman manis yang takkan dapat kulupakan sebgai seorang ayah yang menyambut anak aku walaupun dalam keadaan yang tidak normal iaitu pembedahan..aku redha ketentuanNya.

Walaupun asalnya anak ku yanbg berada di dalam kandungan ibunya dalam keadaan normal, aku agak terkejut dengan kata-kata doktor yang di saat2 akhir menjelaskan kpd ku untuk melakukan pembedahan disebabkan anak ku yang telah lemas di dalam kandungan ibunya. Doktor telah menjelaskan bahawa isteriku mungkin dalam tertekan sehingga menyebabkan anakku menjadi lemas di dlm kandungan..

Untuk pertama kalinya aku dpt melihat pembedahan terhadap isteri ku yg membuatkan aku berasa agak nervous kerana risau tentang keadaan kedua-dua org yg aku syg..
walau bgaimanapun panggil suara anak ku yang menangis selamat dikeluarkan membuatkan aku dapat menarik lafaz lega dan mampu tersenyum gembira disamping memperhatikan wajah isteriku dengan penuh perasaan..

"syg anak kita dah selamat" "alhamdullillah" sambil aku membawa anak ku ke suatu sudut untuk diazankan..dan aku kembali ke pangkuan isteriku yg telah hampir selesai dijahit..di saat itu aku berasa sungguh terharu di atas pengorbanan isteriku yg telah melahirkan anak ku ini..dan di saat itu aku mengucapkan "terima kasih syg kerana memberikan hadiah yang tidak ternilai ini"..

Muhammad Adam Raiyan..ayah harap Adam dapat menjadi anak yang soleh.. AMIN!!

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP